04 Mac 2010

Permainan Snooker... ? Pandangan Orang Melayu dan Islam....


Untuk pengetahuan umum dan blogger-blogger aku suka dan minat jugak main snooker ni. Tapi aku selalu berjumpa dengan sesetengah dan kebanyakkan orang melayu dan beragama islam dan kadang-kadang aku cuba juga untuk bersembang tentang permainan snooker ni... tapi kebanyakkan mereka mengatakan... apalah main snooker haram dan laghaa. Aku ni bukan nak berhujah sebab aku ni bukan pandai sangat dalam bab-bab agama ni n bukan aku nak menghalalkan yang haram dan nak mengharamkan yang halal pulak sebab aku tahu ia boleh melibatkan akidah kita sendiri.... Tapi pada pendapat aku semua ini bergantung kepada diri pemain tu sendiri.... kalau melibatkan pertaruhan ia adalah haram n bagi pendapat aku jugak snooker ni satu jenis sukan macam sukan-sukan yang lain jugak sebab pemainnya perlu menggunakan kepakaran, pemikiran, stamina dan psikologi pemain itu sendiri dan ianya bukan hanya ikut nasib je. Jika pemain itu pergi bermain dan mereka tidak bertaruh hanya berkongsi duit untuk membayar mengikut tempoh yang mereka main adakah ia satu perjudian jugak. Jika kita nak membicarakan berkaitan tempat perjudian pula bagi pendapat aku kalau nak cari tempat yang tak ada unsur-unsur perjudian ini kat Malaysia ni memang jangan haraplah sebab lesen yang di keluarkan adalah di bawah akta pusat hiburan dan perjudian dan mana ada orang melayu yang boleh memohon lesen ni dan ini bermakna semua lesen yang dikeluarkan hanya kepada orang yang bukan islam sahaja oleh itu siapakah yang yang nak melarang atau menegah sebarang bentuk pertaruhan didalam pusat snooker ini dan aku tak menyalahkan pemilik-pemilik pusat snooker ini kerana agama meraka tidak melarang melakukan pertaruhan. Pada pendapat aku juga pekara ini semua bergantung kepada kerajaan dan aku juga faham jika nak menggubal atau menggubah syarat untuk permohonan lesen bagi orang melayu juga boleh memohon lesen ini memang suatu pekara yang susah kerana perlu melalui banyak proses dan memakan masa yang lama. Tapi kerajaan boleh meletakkan seorang atau dua penguatkuasa bagi memantau dan memastikan tiada sebarang bentuk pertaruhan berlaku didalam pusat snooker tersebut. Tapi apa boleh buat sebab lesen tersebut juga dikeluarkan dibawah akta perjudian. Cubalah lah teman-teman blogger lihat gambar dibawah ni :


Aku bukannya nak menulis berkaitan politik tapi dari ruang lingkup yang lebih luas iaitu tentang tentang pandangan seluruh masyarakat yang yang namanya islam... sebab yang berlaku bukan sahaja dari kalangan pihak-pihak tertentu sahaja tapi semua masyarakat tanpa mengira fahaman politik. Cuba lihat Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) memang semua orang tahu dia ni seorang yang arif bab hukum-hakam berkaitan agama islam ni dan berpandukan Al-Quran, Hadis dan Qiaas. Memang suatu masa dulu Kerajaan Negeri Kelantan mengharamkan Permainan Snooker ni tapi setelah mengkaji balik dengan teliti dan membuat keputusan membolehkan permainan snooker ni dengan syarat-syarat yang ditentukan dan tiada sebarang pertaruhan berlaku dipusat snooker tersebut dan beliau sendiri yang merasmikan pusat snooker tersebut. Jadi kepada yang suka pandang negatif kepada para pemain snooker ini. Dah lah sukan lain masyarakat melayu ketinggalan, sekurang-kurang adalah dari kalangan masyarakat melayu yang menjadi jaguh dalam Permainan Snooker ni. Cubalah berfikir dan janganlah membuat tanggapan negatif kepada orang yang selalu keluar masuk ke Pusat Snooker....

Sekian terima kasih.......

Assalammualaikum, Chaw.........

Catatan Blogger : Naughty Boy.......

4 ulasan:

  1. oo..sy baru tau snooker ni tak elok main..huhu,,,

    BalasPadam
  2. Aku dah lama tahu..tapi benda yg tak boleh tu yg kita nak sangat buat..

    BalasPadam
  3. kalau dah tahu tak payah la buat... bunglah sikap tu.. bkn rugi pun.. ;-)

    BalasPadam
  4. betul tu..tpi kat negara jiran kita bakal Sultan dia kaki snooker ni..wakil negara tu ke sukan SEA lagi...xpi mufti besar dia diam jer? sbb x haram kot??? x tau la...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails