02 Mac 2010

Kasih Sayang Berlainan Spisis....


Aku amat-amat teruja bila melihat gambar ini. Lihatlah betapa akrab dan betapa kasihnya mereka walau pun mereka ini tak mempunyai fikiran dan bukan dari spisis yang sama jenis... Ini sepatutnya jadikan tauladan oleh semua manusia yang dianugerahkan oleh Allah swt. berkebolehan berfikir dan fikirlah betul-betul... kerana sekarang ini aku tengok kasih sayang sesama manusia sudah berada di tahap yang teruk sangat-sangat. Cuba tengok kes baru-baru ini seorang budak berusia 3 tahun mati akibat ditendang dan dipijak oleh teman lelaki ibunya. Aku tahu apa punya jenis manusia dia ni. Nak kat emak tapi anak diperlakukan seperti binatang (maaf bahasa aku kasar ckit) ... tak faham aku tak faham. Cuba kita tengok wajah anak, anak saudara, adik kita yang seusia itu tak terusikkah hati kita melihat wajah yang tenang, ayu dan kemanjaan mereka... wajah yang tidak mempunyai dosa-dosa... n aku tengok kes-kes lain seperti penderaan suami kepada isteri, tuan rumah kepada orang gaji dan macam-macam kes lagi seperti peperangan. Walaupun mereka salah tapi cubalah tanggani dengan baik.... tak perlulah sampai mendera dan membunuh. Sedih aku dengar dan tengok kes-kes macam ni. Cubalah pupuk dalam diri kita kalau tak banyak sedikit2. Dalam Islam pun kasih sayang ni amat dititikberatkan. Dan kalau semua orang ada mempunyai rasa kasih dan sayang sesama manusia insyaalah aman dunia ini. Fikir-fikirkanlah wahai semua mahluk yang bernama manusia....
Sekian terimakasih kepada kerana kawan-kawan blogger semua kerana sudi berkunjung ke blog aku ni.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails