09 Februari 2010

Gadis-Gadis GRO Thailand oiii...


video


Thailand oh Thailand dan adik-adik GRO oiiiiii...... Cubalah korang tengok gelagat PENARI-PENARI PEREMPUAN dalam Klip Video ni, haiiii.... patah habis.
Jadi tak hairanlah jika ada Boyfriends Orang, Tunangan Orang dan Para-Para Suami yang bila datang kesini dah lupakan kekasihnya, lupakan tunangnya, lupakan semua tanggongjawabnya, lupakan anak isteri dan Lupakan rumahtangganya.
Berlagak Bujang Kononnya.
Oleh itu secara tak langsung menjadi saingan utama kepada Perempuan-Perempuan yang aku sebutkan kat atas tu.
Jadi tak hairanlah jika kalangan Kaki-Kaki Clubing ni yang menggelarkan tempat ini sebagai SYURGA DUNIA.... Gambar ni aku ambik kat salah satu Pusat Hiburan di Sempadan Bukit Kayu Hitam, pusat hiburan ni top lah sangat untuk Kaki-Kaki Clubing dari Malaysia.

Rata-rata pengunjung yang datang kesini berumur antara 20an hinggalah ke 50an dan Beragama Islam. Taklah aku hairan sangat kalau pengunjung berumur 20an ke 30an, tapi yang aku heran tu yang umur macam rumah kata pergi dan kubur kata mari tu insaf-insaflah pakcik-pakcik dan atok-atok.
Bagi kita yang Beragama Islam, pekara ini adalah Haram dan kurang molek dari Segi Adat.... dan cara nak mengelakkan dari melakukan sentiasalah ingat yang kita ni beragama ISLAM.

Aku ni pun bukannya baik dan alim sangat tapi aku tak buat cam ni. Aku pegi pun cuma nak tengok gelagat orang dan nak cara bahan untuk blog aku ni. Aku terpanggil untuk menulis ni pun kerana aku melihat gelagat kawan-kawan sendiri dan simpati dengan mereka dan keluarga mereka.
Pada satu hari tu aku terjumpa sorang kawan aku ni yang selama aku kenal seorang yang baik dan amat ambil berat tentang agama sedang menikmati minuman keras di salah sebuah kedai minuman keras berdekatan bandar Kangar, Perlis dan aku pun jumpalah ngan dia pastu aku tanya cammana dia boleh terjerumus ke arena ni dan dia jawab semua ni gara-gara Perempuan Thailand punya pasal.
Korang tahu tak kalaulah aku yang suapkan minuman keras tu kat mulut dia mesti aku kena penyepak tak pun penerajang dengan dia tapi bila Perempuan GRO kat situ yang suapkan tanpa banyak cakap dia menurut je...... ish..ish..ish. hebatnya adik-adik kat Thailand ni.

Dan satu kisah lagi si suami ni dah tak dapat nak diselamatkan lagi, dah gila sangat dengan Perempuan Thailand sampai sanggup abaikan anak bini dan keluarga dia aku sampai satu hari tu aku pegi rumah dia aku tengok anak isteri dia makan nasi dengan kicap je kerana masaalah kewangan.
Jadi kalau nak menggelak dari gejala ini hindarkan lah diri anda dari tempat begini dan kepada semua wanita-wanita atau isteri-isteri jagalah suami anda dan cubalah jadi isteri baik..

Lelaki ni bukannya banyak karenah sangat cuma jaga makan minumnya, jaga keperluannya, ambil berat pasal dia, berkongsi pendapat atau masaalah dengannya, beri kasih sayang sepenuhnya kepada dia dan belaian mesra, dah lebih dari cukup dan jadikan rumah tu tempat beliau mencari ketenangan.
Cukuplah rasanya sampai disini, kalau panjang sangat nanti boring plak orang nak baca.. yang baik tu ambiklah jadikan tauladan dan yang tak baik tu jadikan sempadan. Yang benar tu dari ALLAH SWT. dan salah silap tu semua dari aku sendiri.. dan aku amat mengalu-alukan pendapat dan komen daripada blogger-blogger semua....

Sekian, terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog aku ni...........

Nukilan Ikhlas Daripada : BLOGGER I'M NAUGHTY BOY....

1 ulasan:

  1. Masalah ini sebenarnya berlaku kpd saya. Suami tergilakan pompuan thailand. Katanya saja test market. Saya tak percayakan suami saya lagi sampai mati. Akhirnya dia mengaku ada hububgan dengan pompuan thailand. Kini berjanji untuk berubah. Tapi saya masih tak percayakan dia. Suami yabg tidak setia dan tidak jujur. Saya bagi peluang terakhir kalau berulang lagi saya akan ke pejabat agama utk tinggalkan saya dan anak2. Saya ada pekerjaan, kereta dan rumah sendiri. Tiada lelaki dlm hidup saya pun takda masalah utk saya. Sendiri cari pasal sendiri berambus dari rumah aku.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails