26 Februari 2010

Siapakah Perdana Menteri Malaysia Ke 6...

Maaf teman-teman bloggers semua sebab aku nak berbincang bab politik sikit.......

Kes aku berat sikit sebab aku ni rakyat Malaysia dan menetap pun di Malaysia tapi tak tahu siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 6. Yang kononnya amat di kasihi oleh semua hamba rakyat muka bumi Malaysia ni dan yang amat terkenal dengan slogan 1 Malaysia, Juara Rakyat dan Rakyat Di dahulukan pencapaian diutamakan tu... ish..ish..ish..Sebenarnya aku ni bukan apa cuma comfius sikit je dan ingin tahu siapakah sebenarnya Perdana Menteri Ke 6 untuk Negara Malaysia yang amat aku cintai ni, dan jantinanya lelaki kah perempuan kah, atau pun sudah tukar suka sama suka kah ish...ish....ish... dan adakah yang....?

INI KAH













atau INI KAH













Tujuan aku menulis bab ni bukannya apa, sebab aku dok tengok secara tak langsung semua pemikiran, kesibukan dan keputusan semua datangnya dari perempuan sebelah tu dan lelaki yang disebelah tu pulak sebagai melaksanakan aje. Ish... ish... ish... kompius betul aku...?

Dan ni aku nak bagi contoh-contoh dan bukti untuk menyokong memperkukuh pendapat aku....

Keistimewaan Rosmah adalah lebih daripada keistimewaan Najib sendiri :

Contoh-Contoh :

1. Pengawal Peribadi Najib cumalah anggota Polis je... Tapi Pengawal Peribadi Rosmah adalah seorang Pegawai Tentera yang berpangkat Kolonel..

2. Semasa menjadi Menteri Pertahanan dulu dan dalam kes Membeli Kapal Selam Malaysia yang Pertama dulu sepatutnya Perasmian dilakukan oleh Najib selaku Menteri Pertahanan pada waktu itu. Tapi kenapa Rosmah yang melaksanakan tugas Najib plak. Sebenarnya ini adalah satu kisah Bersejarah sebab ini adalah Kapal Selam Malaysia yang Pertama yang dibeli, dan yang Pertama akan digunakan. Bagi aku ini adalah pekara penting tapi ......

DIMANA DAN KEMANAKAH KAH DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK (takkan tengah basuh baju, mengemas rumah dan memasak kot he.he.he...) yang sekarang ni dah pun menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 6 (atas kertas je tapi sebenarnya berjawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datin Seri Rosmah Mansor (Perdana Menteri Malaysia Ke 6 yang sebenarnya).

Sekian, terima kasih.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails