02 November 2010

ILMU SIHIR.

Dalam dunia serba moden ini ramai manusia yang sudah tidak mempercayai pekara-pekara Mistik berkaitan Ilmu Sihir  ini. Sebenarnya Ilmu Sihir ini adalah satu ilmu berhubung pemujaan dan penggunaan Iblis, Syaitan dan Jin untuk membuat porak perandakan kehidupan manusia di muka bumi. Amalan sihir ini juga digunakan untuk tujuan membalas dendam dan hasad dengki. Ilmu Sihir diamalkan oleh pengamalnya tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun dalam agama Islam pengamalan Ilmu Sihir adalah haram hukumnya, kerana jika kita meminta bantuan selain daripada Allah swt (contohnya kepada Iblis, Syaitan dan Jin) adalah Syirik dan amalan Syirik adalah satu dosa besar dan merosakkan akidah pengamalnya, namun masih ramai manusia yang beragama Islam melakukan amalan ini walaupun mereka mengetahui hukumnya. Walaupun umat islam wajib percaya kepada kewujudan Iblis, Syaitan dan Jin tetapi kita dilarang memuja dan meminta pertolongan kepada mereka. Dan ketahuilah sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia.

Kebanyakan  masyarakat melayu suka membuat tafsiran mimpi yang kurang tepat (contohnya : Jika mimpi dipatuk ular selalunya dikaitkan dengan pekara yang baik iaitu jodohnya dah nak sampai, tetapi jika mengikut ajaran Islam ianya adalah satu petanda yang buruk yang bermakna orang yang mendapat mimpi tersebut telah  atapun akan terkena Sihir). Walaupun kebanyakan manusia menganggap yang mimpi adalah permainan tidur tetapi kadang-kadang ia adalah satu pertanda. Bukannya kita percaya kepada mimpi tersebut 100% tetapi ia adalah petanda atapun peringatan supaya kita berhati-hati.  

Dibawah ini aku sertakan 10 petanda orang yang akan dan sudah terkena Ilmu Sihir :

1. Mimpi Dipatuk Ular Hitam,
2. Susah Atau Tidak Mahu Tidur Tanpa Sebab,
3. Jantung Berdebar-Debar Tanpa Sebab,
4. Perasaan Tidak Menentu,
5. Mimpi Berulang-ulang Anjing Hitam & Ular,
6. Berjalan Waktu Tidur,
7. Mimpi Jatuh Dari Tempat Yang Tinggi,
8. Mimpi Manusia Pelik,
9. Mimpi Yang Menakutkan,
10. Mimpi Diiring Ke Kubur, Tempat Sampah @ Kotor & Jalan Yang Mengerikan.

Kepada sesiapa yang mengalami perkara-pekara di atas berhati-hati dan berjumpa dengan Pakar Perubatan Islam dengan segera.

Untuk pegetahuan teman-teman semua sebenarnya aku bukan nak tunjuk pandai, tapi hanya sekadar nak berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda semua.

Aku memohon maaf andainya ada kekurangan ataupun kesilapan dalam penulisan en3 ini. Yang benar dari Allah, salah silap aku sendiri.

* En3 aku yang akan datang ialah berkaitan sebab-sebab Rasukan Jin.

 Sekian, terimakasih,


                  JANGAN NAKAL-NAKAL!!!!!......

Ikhlas Dari,

Naughty Boys..
(http://imnaughtyboys.blogspot.com) 


       

1 ulasan:

Related Posts with Thumbnails