09 Mei 2010

Selamat Hari Ibu.....



 Kepada semua teman-teman blogger.

Ibu..Ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila Ku berduka,
Engkau hiburkan selalu,

Semperna menyambut hari ibu pada 09hb.Mei, 2010 aku ingin menceritakan dan berkongsi cerita dengan teman semua tentang berkaitan dengan ibu.

Terimakasih ibu kerana telah melahirkan dan memberi peluang kepada aku untuk melihat dunia ini, sanggup berkorban segala-galanya demi anak mu ini. Tak pernah kenal erti jemu, letih, tak pernah merungut walaupun terpaksa berjaga malam ketika orang lain tengah nyeyak tidur kerana sayang kepada anak mu.

Sanggup menjaga ku, mendidi ku dengan ilmu dunia dan akhirat, melayan kerenah aku yang entah apa-apa ni, menyayangi ku sepenuh hatimu dari mula aku membuka mata hinggalah keahhir hayat mu, tanpa meminta atau mengharapkan balasan apa-apa pun.

Ibu sesungguhnya aku juga amat menyayangi mu dan aku masih mengigati mu.

Tapi kini kasih sayang seorang ibu yang aku dapat telah hilang lenyap buat selama-lamanya, kerana ia telah menyahut seruan ilahi lebih kurang setahun yang lalu. Sedih tu memanglah sedih tapi aku terpaksa menerima kenyataan dan redha dengan kepergian ibu ku tersayang kerana sesungguhnya kita sendiripun akan pergi kesana jugak cuma cepat ataupun lambat je. Tetapi pada Jun 2009 yang lalu aku telah di pertemukan oleh Allah swt, seorang seorang lagi ibu yang amat sayangkan aku. Beliau yang aku maksudkan ialah ibu kepada tunangku tersayang. Cuba korang fikir kalau aku pergi ke Johor atau selama aku disana dia lah orang yang paling sibuk kat dapur dan mencari kuih atau ape-ape je lah untuk aku bawak balik kat Perlis. Kalau masa aku nak balik Perlis kadang-kadang dia yang lipat dan masukkan kedalam beg pakaian aku. Dan dia juga akan pastikan aku makan dahulu sebelum aku nak bertolak pulang ke Perlis dan tak pernah sekali pun aku belapar dalam perjalanan aku. Hati manakah yang tak sayang kalau diberi perhatian sehingga begitu sekali. Tapi apakan daya tuhan lebih menyayanginya beliau pun telah pergi menyambut seruan ilahi 3 bulan yang lalu. Kini aku hanyalah mampu menghadiahkan Al-Fatihah dan Doa-Doa sahaja buat kedua-dua orang ibu ku tersayang.

Jadi kepada korang yang masih mempunyai ibu jagalah dia baik-baik dan berilah perhatian kepadanya dan hargailah dia dan janganlah bila dia dah tak ada baru nak menyesal. Nasihat aku kepada korang janganlah menderhaka atau kecilkan hatinya dan cubalah jadi anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

Apa pun sebelum aku tamatkan en3 ini aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua wanita yang telah menjadi ibu dan bakal menjadi ibu samada secara halal ataupun menjadi ibu secara tak sengaja yang jatuh pada hari Ahad 09hb. Mei, 2010. Cekalkan hatimu, kuatkan semangat mu dan bersabar dalam mendidik anak-anak kalian.

Akhir sekali aku pohon kepada semua teman-teman blogger aku yang beragama islam supaya dapatlah menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman buat kedua-dua ibu aku. Semoga doa korang dapat memberi kebahgiaan kepada roh mereka disana dan bacaan Al-Fatihah dan doa daripada korang aku ucapkan terima kasih.

Sekian sahaja untuk en3 kali ini.

SELAMAT HARI IBU...
 JASA DAN PENGORBANAN MU TAK AKAN MAMPU UNTUK KAMI NAK MEMBALASNYA.

Pecah Kaca Pecah Simen,
Sudah Baca Harap Komen.

Terimakasih,

Iklas daripada,

Naughty Boys,

3 ulasan:

  1. Al - Fatihah Di untuk mak hang..aku baca nih baru aku tau..Tu la kita sama2 doakan yang terbaik...

    Yang hidup pasti akan mati jugak suatu hari nanti..

    Semoga arwah mak hang berada di kalangan org2 beriman, Amin.

    BalasPadam
  2. ibu... kau lah segala2nya buatku...

    ahaks~

    BalasPadam
  3. ibu...namamu sentiasa dalam doaku...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails