17 Mei 2010

Lagi Kes Penderaan Kanak-Kanak.



    Ish, ish, ish apalah nak jadi dengan makhluk yang disebutkan didalam Al-Quran adalah sebaik-baik ciptaan adalah manusia dan demikian jugalah yang disebutkan didalam golongan binatang tak ade manusia tetapi didalam golongan manusia ada binatang. 

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan yang bernama Mohd. Razzan Afzainizam disahkan meninggal dunia pada pukul 8 malam di Pusat Perubatan Univesiti Malaya (PPUM) dan dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh pengasuh beliau yang berusia 47 tahun berdasarkan kesan-kesan yang terdapat dianggota badannya. 

Kejadian berlaku di rumah pengasuh beliau yang terletak di USJ Subang Jaya, Menurut ibubapa bayi tersebut pada sebelah pagi beliau menghantar bayi meraka keadaan kesihatan bayi tersebut baik-baik saja. Bayi tersebut dikejarkan ke pusat kesihatan kerana mengalami sesak nafas dan oleh kerana keadaannya kritikal doktor menasihatkan bayi tersebut dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Namum gagal diselamatkan.

Dalam keadaan sekarang kebanyakan ibubapa berkerja dan mereka terpaksa menghantar anak meraka kepada pengasuh. Tapi dalam keadaan begini bagaimana kita hendak menpercayai kepada pengasuh. Kita percaya dan berharap mereka boleh menjaga anak kita dengan baik tapi mereka mengkhianati kita pulak.

Aku pun pening adakah jalan penyelesaian untuk masalah ini. Takkan lah kita nak membawa anak-anak ketempat kerja kot atau pun nak suruh semua ibu-ibu berhenti bekerja kerana nak menjaga anak-anak dan bagaimana pula dengan keadaan ekonomi rumahtangga mereka. Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dah.

Aku sarankan kepada pihak bertanggongjawab ambil lah tindakan yang sewajarnya untuk menyesaikan kes ini dan fikirkanlah jika pekara begini terjadi kepada keluarga anda.

KASIHANILAH MEREKA KERANA MEREKA TIDAK TAHU APA-APA.

Sekian, terimakasih.

Insan Yang Perihatin,

Naughty Boys......

   

7 ulasan:

  1. huhu..sedihnya tengok baby mati camtu je.. T_T

    BalasPadam
  2. eeeeeee terok ahhhhh ^(*&(*&^%*(^%&^
    tak guna betul...
    kesian baby tuh..

    BalasPadam
  3. inilah yang dikatakan apabila manusia sudah hilang pertimbangan, kes bunuh membunuh antara manusia semakin berleluasa

    Entri yang patut dibaca oleh anda adalah Tanda-tanda kecil

    BalasPadam
  4. manusia bodoh jahil tu...tak nak baby tu, bagi lah yg nak cam aku ni.. dem!

    BalasPadam
  5. Astaghfirullah....jahiliah moden

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails