30 April 2010

Tip Menghilangkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu....


MAI SECAWAN....

Kepada semua teman bloggers yang aku sayangi dan kasihi.

Ent3 aku kali ini ialah seperti tajuk diatas.

Teman-teman semua ni aku nak bagi tip supaya tidak rasa atau menghilang rasa mengantuk ketika memandu tak kiralah apa jenis  kenderaan pun samaada kereta ke, motoboat ke, motosikal ke basikal ke atau ape-ape je lah, lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang jauh. Mungkin sesetengah dari korang dah mempunyai cara korang sendiri. Untuk orang lelaki senang je cari laluan kat mana banyak perempuan berpakaian seksi tentu dah hilang mengantukkan. Tapi cara ni kejap bila lalu kat tempat lain mulalah datang balik, contohnya:Kalau melalui kawasan hutan mana ada perempuan berpakaian seksi, kalau ada pun tentu hantu.... hehehe gurau je lah.

Tip ini bukannya aku dengar cerita orang je... tapi aku sendiri pun dah mencubanya dan cukup berkesan.Tip ni aku dapat masa aku nak ke Sungai Udang Melaka. Hampir setiap RnR aku berhenti basuh muka dan beli livita @ Redbull. Memanglah berkesan tapi kejap je pastu datang balik. Oleh kerana terlalu banyak sangat aku minum minuman tersebut, member kat sebelah mulalah bertanya kenapa aku minum banyak sangat minuman tersebut dan dia beritahu aku tak baik untuk kesihatan jika terlalu banyak sangat minum minuman tu.Waktu aku dah sampai nilai dah. Aku jawap nak buat macam mana dah mengantuk.Pastu dia cakap tak payah minum minuman tu. Dia ada cara lain nak menghilangkan rasa mengantuk.

Cara-caranya adalah seperti berikut :

1. Siapkan satu bekas minuman.

2. Sediakan air panas.

3. Ambil dua paket Kopi Radix keluaran HPA Indusri Sdn.Bhd.

4. Masukkan kedua-dua paket sekali Kopi Radix tadi kedalam air panas yang telah anda sediakan.

5. Jangan Masukkan gula kedalam kedalam minuman tersebut.

6. Kemudian kacau sehingga sebati.

7. Takkan step ni pun aku nak kena bagitahu korang kot... minum je lah hehehe..... 

Mungkin cara penyampaian aku ni lucu sikit atau secara gurauan. Tapi kenyataannya memang benar kerana aku memandu hingga ke Melaka tanpa rasa mengantuk lagi. Baru-baru ini aku ke Johor kita orang bertolak dari Perlis lebih kurang pukul 9.30 malam. Aku minumnya ketika aku nak masuk ke lebuhraya Alor Setar dan aku tambah satu peket lagi menjadikan tiga peket semuanya ketika nak masuk kawasan Yong Peng Johor. Cuba korang fikir aku memandu seorang saja dari Perlis hingga ke Johor, pada waktu malam pulak tu dan mengambil masa sehingga 12 jam, tanpa henti.

Kalau korang tak percaya korang cuba tanya Bad Boys (Bila Bad Boys menulis)dia pergi bersama aku. 

Cukuplah setakat ini. Nanti kalau panjang sangat korang boring pulak nak baca.

Jumpa lagi pada en3-en3 akan datang.

Terimakasih & Selamat Mencuba.

Fakta Iklas & Benar... 

Naughty Boys..... 
30hb. April,2010. 

4 ulasan:

  1. sori..nk tny..naughty boy ni adik badboy ke ? hehe

    BalasPadam
  2. kopi jantan lagi syokkk..
    baru jantannnnnnnnnnnn

    BalasPadam

  3. Memang minum kopi boleh menghilangkan rasa mengantuk. Selain itu, bagi mereka yang memandu, untuk
    mencegah mengantuk, kita tidak digalakkan memandu seorang diri terutamanya kalau perjalanan kita jauh kerana ini boleh mendatangkan suasana bosan dan mengundang mengantuk.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails