05 Mac 2010

Islam Is My Life....





Kepada Semua Blogger yang beragama Islam, aku nak cadangkan cubalah buat sekurang-kurangnya satu Penulisan Berkaitan Agama Islam. Sebagai membuktikan yang Cintanya kita kepada Allah swt, Sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w, Percaya dan Yakin kepada Kitabnya(Al Quran) yang merupakan Mukjizat yang terbesar yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, Kasih kepada Para-Para Sahabat, dan Rindukan Syurganya.
Tujuan aku mencadangkan pekara ini kepada teman-teman blog ialah kerana aku ni tak pandai sangat bab agama ni dan dengan mamasukkan penulisan bab agama ni sekurang-kurangnya aku boleh tahu bab agama ni.
Cuba korang bayangkan kalau satu blog ada satu penulisan berkaitan agama islam dan ada katakanlah Blogger yang beragama islam ada 30,000 orang. Ini bermakna dah 30,000 pengetahuan tengang agama islam yang kita tahu. Jika penulisan kita dibaca oleh orang yang bukan beragama islam sekurang-kurangnya mereka boleh tahu apa itu islam, islam macam tu islam macam ni dan apakah pekara-pekara sesitiviti orang-orang islam yang tak boleh mereka sentuh.
Kita juga boleh menangkis tohmahan dan tuduhan musuh-musuh islam melalui penulisan. Kalau Ahli Peguam boleh menubuhkan Majlis Peguam-Peguam Muslim dan berjuang hujah-hujah mereka dalam Mahkamah kenapa kita tidak boleh menubuhkan Persatuan Blogger-Blogger Muslim dan berjuang dengan penulisan dalam blog-blog kita..... betul tak..? Ini semua adalah kerana amat sayangnya kita kepada Agama kita ni. semoga Allah memberkati blog kita ini.

sekian, terimakasih..........




Ikhlas dari :

Naughty Boys......

1 ulasan:

  1. salam.
    ya,saya pun setuju gak,
    jdi senang la kita nak tarik non-muslim spaya pelajari ISLAM.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails