08 Februari 2010

Pendapat Aku Tentang Cinta.


Aku bukannya nak berlagak dan nak tunjuk pandai dalam hal-hal ini tapi sekadar nak beri pendapat, bertukar pendapat, minta komen dan tunjuk ajar dari kawan-kawan blogger yang budiman.
Tujuan aku menulis article ini ialah aku telah tengok ramai kawan-kawan aku yang menyalah guna dan tafsir tentang cinta ni. Sebenarnya cinta ni perlu dalam apa jua hubungan yang kita jalinkan dan ia adalah anugerah dari tuhan yang maha esa kepada manusia.
Cinta ni sebenarnya suci, tulus dan ikhlas jika kita pandai mengemudinya dan akan jadi sebaliknya jika kita tak pandai mengemudinya dan itu semua bergantung kepada nakhodanya sendiri dan aku percaya korang semua tentu pernah bercinta.
Pada pendapat aku juga CINTA ni hidup dan perlu perhatian, belaian, dibaja dan disiram barulah ia sentiasa subur. Di bawah ni ada beberapa pendapat aku tentang CINTA :

1. Cinta itu bukan macam main FUTSAL...
Mula-mula kejar... dah dapat SEPAK.
2. Cinta itu bukan macam main SCATE...
Mula-mula gosok... pastu PIJAK.
3. Cinta itu bukan macam main RAGBI...
Mula-mula tangkap... pastu TENDANG.
4. Cinta itu bukan macam PAMPERS...
Dah Pakai ... pastu BUANG.
5. Cinta itu bukan macam BARANG KEMAS...
Baru beli pakai... pastu dah sengkek masuk pacak gadai pergi GADAI.
6. Cinta itu bukan macam PELANGI...
Hari cerah tiada... bila hujan gerimis BARU MUNCUL.
7. Cinta itu bukan macam KERETA...
Rosak sikit jual... ambik KERETA BARU.
8. Cinta itu bukian macam CHIPMORE...
Kejap ada... kejap TAK ADA.
9. Cinta itu bukan macam BANK...
Bila tak ada duit... baru nak pegi sana AMBIL.
10.Lagi CINTA itu macam ape ye ???
Ha CINTA itu macam aku cintakan DIA, BLOG ni dan kepada KORANG semualah kalau ada komen, pendapat, pelawat aku akan tengok dan baca dengan teliti sampai habis pastu mulalah aku tersenyum sendirian...hehehe...

11.Lagi-lagi CINTA itu apa ye ???
Ha CINTA itu perlukan pengorbanan dan jika kita benar-benar mencintai ape-apepun dansesiapapun harus memaafkan ape jua kesalahannya selagi tiada melibatkan kes-kes kecurangan kerana jika melibatkan kes kecurangan bermakna dia memang tidak mencintai diri kita, kalau tak masakan dia sanggup curang kepada diri kita.
Kita juga perlu memohon maaf kepada dia jika telah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan perkara-perkara yang kurang disenanginya sebenarnya cinta ni juga memerlukan komitmen, toleransi dan give n take.
12.Lagi-lagi-lagi CINTA itu apa ye ???
Ha ini satu perkara yang amat sukar dan susah untuk dilakukan walaupun kita betul- betul mencintainya, lebih-lebih lagi kepada manusia yang berjantinakan lelaki dan aku sendiri terutama nak meminta maaf kerana aku ni jenis perasan apa yang aku buat semuanya betul biarpun aku tahu ia sebaliknya tapi jika kita benar-benar mencintainya korang kena cuba lakukan jugak tak boleh tidak.
Kalau korang nak tahu ape bendanya tu ialah kita terpaksa buang perasaan EGOIS yang ada dalam diri kita, banyakkan bersabar dan cubalah berani mengaku kesalahan. Sesungguhnya tidak jatuh maruah atau darjat kita jika menggalah dan membuangkan perasaan EGO kita jika kena pada tempatnya.
13.Lagi-lagi-lagi dan lagi CINTA itu apa ye ???
Ha CINTA tu.... oooooo, oh mana aci aku je bagi pendapat koranglah pulak beri pendapat atau komen korang pulak tentang CINTA ni.... hehehe...

SOALANNYA :

Adakah korang setuju atau tidak pendapat aku tentang CINTA seperti yang aku tulis diatas. Jika setuju tandakan pada huruf A dibawah dan jika tidak tandakan pada huruf B dibawah?

A. SETUJU.

Berikan pendapat atau komen korang.............

B. TIDAK SETUJU.

Berikan pendapat atau komen korang.............

Aku juga mohon beribu kemaafan andai ada tekasar bahasa atau berkaitan dengan sesiapa dalam penulisan aku ini dan sebenarnya aku bukan berlagak nak jadi DR. CINTA tapi sekadar memberi pendapat dan minta tunjuk ajar korang semua.

SEKIAN....

Terimakasih kerana sudi membaca dan memberi pendapat atau komen yang membina dari korang semua tentang CINTA ni...

Yang menunggu Pendapat dan komen korang...

BLOGGER I'M NAUGTY BOY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails