09 November 2010

Pekara - Pekara Yang Menyebabkan Jin Merasuk Manusia.



 Jin sering merasuk manusia yang lemah pendirian dan pertahanan diri. Wanita dan kanak2 antara mangsa utamanya. Ini mungkin kerana manusia telah menimbulkan kemarahannya seperti mengambil hartanya, merosakkan perkampungannya, membunuh kaum dan dihantar oleh seseorang untuk mengganggu kehidupan seorang yang lain.

Orang yang dirasuk selalunya tidak sedarkan diri. Matanya kelihatan putih. Kadang-kadang orang yang dirasuk suaranya akan bertukar menjadi suara Jin yang merasuknya. Orang yang dirasuk akan menjadi seperti orang yang tidak waras dan sering bercakap sesuatu yang pelik dan apabila Jin yang kedalam badan orang tersebut telah keluar orang tersebut akan keletihan dan apabila di tanya apa yang telah berlaku orang tersebut tidak mengetahuinya.

Dibawah ini adalah antara perkara-pekara atau pun sebab yang membolehkan Jin Marasuk Manusia.

1. Derhaka dan tidak mentaati Allah,
2. Terdapat benda yang melalaikan didalam rumah,
3. Mengangat suara didalam tandas,
4. Menangis dan merintih sebelum tidur,
5. Membuang air panas ke dalam bilik air,
6. Melompat dari tempat tinggi tanpa membaca Bismillah,
7. Masuk ke tempat yang gelap dan yang telah lama ditinggalkan seperti rumah tanpa membaca Bismillah,
8. Terlalu takut,
9. Selalu berlaku pertengkaran antara suami dan isteri,
10. Suka Marah-marah,
11. Suka ikut nafsu syahwat,
12. Terdapat gambar 2 patong  didalam rumah dan memelihara anjing dirumah kerana malaikat tidak akan masuk kedalam rumah yang mempunyai gambar patung dan ada anjing,
13. Terdapat lambang salip dirumah samaada di tirai, lantai ataupun didinding,
14. Adanya majlis yang tidak menyebut nama Allah,
15. Perempuan yang suka mendedahkan auratnya,
16. Berlakunya sihir  iaitu ada perjanjian antara tukang sihir dengan Jin supaya Jin itu masuk ke dalam badan seseorang,
18. Menbaca buku2 ilmu sihir sehingga boleh menghafalnya.

Ini adalah pekara-pekara penyebab kerasukan Jin. Oleh itu kepada semua berhati-hati dan beringatlah.
Sekianlah untuk en3 kali ini,

Terimakasih kerana sudi meluangkan masa membaca en3 aku ni.


JANGAN NAKAL - NAKAL......

Ikhlas dari :

Naughty Boys....
(http://imnaughtyboys.blogspot.com)
09hb. November, 2010... 3.05 am.
READ MORE - Pekara - Pekara Yang Menyebabkan Jin Merasuk Manusia.

02 November 2010

ILMU SIHIR.

Dalam dunia serba moden ini ramai manusia yang sudah tidak mempercayai pekara-pekara Mistik berkaitan Ilmu Sihir  ini. Sebenarnya Ilmu Sihir ini adalah satu ilmu berhubung pemujaan dan penggunaan Iblis, Syaitan dan Jin untuk membuat porak perandakan kehidupan manusia di muka bumi. Amalan sihir ini juga digunakan untuk tujuan membalas dendam dan hasad dengki. Ilmu Sihir diamalkan oleh pengamalnya tanpa mengira bangsa dan agama. Walaupun dalam agama Islam pengamalan Ilmu Sihir adalah haram hukumnya, kerana jika kita meminta bantuan selain daripada Allah swt (contohnya kepada Iblis, Syaitan dan Jin) adalah Syirik dan amalan Syirik adalah satu dosa besar dan merosakkan akidah pengamalnya, namun masih ramai manusia yang beragama Islam melakukan amalan ini walaupun mereka mengetahui hukumnya. Walaupun umat islam wajib percaya kepada kewujudan Iblis, Syaitan dan Jin tetapi kita dilarang memuja dan meminta pertolongan kepada mereka. Dan ketahuilah sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia.

Kebanyakan  masyarakat melayu suka membuat tafsiran mimpi yang kurang tepat (contohnya : Jika mimpi dipatuk ular selalunya dikaitkan dengan pekara yang baik iaitu jodohnya dah nak sampai, tetapi jika mengikut ajaran Islam ianya adalah satu petanda yang buruk yang bermakna orang yang mendapat mimpi tersebut telah  atapun akan terkena Sihir). Walaupun kebanyakan manusia menganggap yang mimpi adalah permainan tidur tetapi kadang-kadang ia adalah satu pertanda. Bukannya kita percaya kepada mimpi tersebut 100% tetapi ia adalah petanda atapun peringatan supaya kita berhati-hati.  

Dibawah ini aku sertakan 10 petanda orang yang akan dan sudah terkena Ilmu Sihir :

1. Mimpi Dipatuk Ular Hitam,
2. Susah Atau Tidak Mahu Tidur Tanpa Sebab,
3. Jantung Berdebar-Debar Tanpa Sebab,
4. Perasaan Tidak Menentu,
5. Mimpi Berulang-ulang Anjing Hitam & Ular,
6. Berjalan Waktu Tidur,
7. Mimpi Jatuh Dari Tempat Yang Tinggi,
8. Mimpi Manusia Pelik,
9. Mimpi Yang Menakutkan,
10. Mimpi Diiring Ke Kubur, Tempat Sampah @ Kotor & Jalan Yang Mengerikan.

Kepada sesiapa yang mengalami perkara-pekara di atas berhati-hati dan berjumpa dengan Pakar Perubatan Islam dengan segera.

Untuk pegetahuan teman-teman semua sebenarnya aku bukan nak tunjuk pandai, tapi hanya sekadar nak berkongsi sedikit pengetahuan dengan anda semua.

Aku memohon maaf andainya ada kekurangan ataupun kesilapan dalam penulisan en3 ini. Yang benar dari Allah, salah silap aku sendiri.

* En3 aku yang akan datang ialah berkaitan sebab-sebab Rasukan Jin.

 Sekian, terimakasih,


                  JANGAN NAKAL-NAKAL!!!!!......

Ikhlas Dari,

Naughty Boys..
(http://imnaughtyboys.blogspot.com) 


       
READ MORE - ILMU SIHIR.

21 Oktober 2010

TTT (TOH TUAN TANAH) Dalam Kenangan....



Oleh kerana aku telah lama tak aktif dalam penulisan blog ini, aku terlepas berita tentang TTT (TOH TUAN TANAH) yang telah kembali kerahmatullah lima bulan yang lalu. Aku hanya mendapat tahu berita ini pada hari ini melalui Badboy. Aku begitu terkejut mendengar berita ni hingga berdiri bulu roma aku.
Salam Takziah buat ahli keluarga beliau. Beliau adalah seorang teman blogger dan sahabat yang baik dan seorang yang sentiasa ceria. Sebab tu lah bila aku rasa boring je aku akan masuk ke blog dia. Pemergian beliau bagi aku adalah satu kehilangan salah seorang blogger dan teman yang baik. Itulah sebabnya aku terpanggil untuk menulis en3 ni. Kepada semua blogger yang melawat blog aku dan membaca en3 ini, sedekahkan lah AL-FATIHAH dan DOA kanlah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman.

Semoga roh beliau di cucuri rahmat Allah swt.

Sekian untuk en3 ini. Terimakasih.

Dari............


Naughty Boys...
(http://imnaughtyboys.blogspot.com)
READ MORE - TTT (TOH TUAN TANAH) Dalam Kenangan....
Related Posts with Thumbnails