20 Mei 2010

Cerekarama Andartu Terlampau.........



Sebenarnya aku ni tengah ketandusan idea ni. Tapi Untuk teman-teman yang aku sayangi ni aku buat gak en3 terbaru ni.

          Cerita ni berkisarkan sebuah kerajaan yang wujud di negeri atas angin. Nama kerajaan ini ialah Negara Pinang Setunggal dan Ketua Negara tersebuta adalah seorang Raja, beliau bergelar DYMM Sultan Harubiru Ibni Rapla Jingga beliau seorang yang amat adil dan perihatin terhadap rakyatnya dan Negara-Negara dibawah jajahannya.

Tetapi masaalahnya dia ni ada seorang Puteri yang sangat cantik dan comel ala-ala Hanis Zalikha tu yang bergelar Tuan Puteri Secerah Bulan tetapi belum ada teman hidup lagi sedangkan usianya dah menghampiri 41 tahun (Andartu). Jadi Raja pun menitahkan semua memanggil pembesar istana untuk berbincang dan meminta pendapat bagaimana nak menyelesaikan pekara ini. Pendekan cerita dapatlah satu persetujuan antara raja dan pembesar istana.

Kemudian Beliau pun menitahkan tukang canang di raja untuk menyebarkan berita keserata  ceruk rantau bahawa beliau akan mengadakan satu pertandingan beradu kekuatan dan sesiapa yang menang akan ditunaikan semua permintaannya. Tetapi rahsiakan pekara sebenar yang beliau ingin mencari seorang menantu. Tujuannya supaya tidak memalukan Puterinya. Kerana dalam perkiraannya tentu semua peserta akan membuat permintaan ingin berkahwin dengan Puterinya, maklumlah Puterinya tu memanglah cantik. Berita ini pun dicananglah keseluruh negara dan kepada Putera2 Raja dalam jajahan dan takluk negaranya oleh tukang canang. Antaranya Negara Sepening Lalat, Negara Sekapur Sirih, Pasir Bedengkor dan Pematang Pasir Seketul .

Tiba hari pertandingan Raja melihat penyertaan amatlah menggalakkan dan mengarahkan Memanda Menteri supaya mengumumkan acara yang akan dipertandingkan dan syarat2 penyertaan kepada semua peserta. Acara yang akan dipertandingkan ialah acara berenang jarak 100 meter didalam kolam belakang Istana yang didalamnya dipenuhi buaya, ikan piranha dan sesiapa berjaya akan baginda tunaikan apa sahaja permintaan mereka.

Pertandinganpun dimulakan dan sebagai penghormatan pertandingan ini dimulakan oleh Putera2 Raja terlebih dahulu dan jika tiada yang berjaya barulah akan diikuti oleh rakyat jelata. Memanda Menteri pun mengumumkan pertandingan bermula sambil di saksi kan oleh Raja,Permaisuri, Tuan Puteri, Pembesar Istana dan Rakyat Jelata. cabaran di mulai oleh peserta pertama adalah seorang Putera Raja.

Putera 1 : Terus menunjukkan keberaniannya terus terjun menjunam kedalam kolam tersebut tapi setelah ditunggu 5 minit tak timbul2 (Dibaham dek buaya dah la tu).

Putera 2 : Terjun perlahan-lahan kaki dahulu dan kemudian naik balik tanpa kaki.

Putera 3,4 : Pun tak berjaya gak macam2 kecacatan dialami mereka ada yang putus tangan, hilang hidung, hilang jari, hilang telingga dan macam2 lagi.

Kemudian pertandingan dibuka kepada semua rakyat jelata.. dimulai dengan peserta pertama anak tok penghulu...

Peserta 1 : tak berjaya dan mengalami kecacatan putus kaki hingga keparas pinggang.

Peserta 2,3,4,5,6,7 dan seterusnya pun tak berjaya gak.

Melihat keadaan begitu ramai yang tarik diri dan semua penonton sibuk merawat peserta yang cedera. Raja pun mulalah gelisah kerana masih tiada yang berjaya. Dalam keadaan kelam kabut itu...

Tiba-tiba :

Blummmmmm dan semua mata tertumpu kearah bunyi tersebut dan terlihatlah seorang pemuda sedang berenang dengan penuh gaya sebagai seorang perenang dan sangat laju. Dan beliau pun berjaya  melintasi dan menaiki tebing penamat dengan jayanya dalam keadaan menggigil kesejukan, kepenatan dan kepucatan.

Setelah berada di atas tebing kolam tersebut kedengaran semua penonton bertepuk tangan dan bersorak gembira kerana kejayaan pemuda tersebut. Raja dan pembesar pun tersenyum cuma Tuan Puteri sahaja yang mukanya masam mencuka dan sambil berkata di dalam hatinya langsung tak hensom langsung, hitam macam negro je, sekurang2 bagi la yang hensom sikit macam Nubhan ke, Fahrin Ahmad ke ataupun Jehan Miskin ke dengan nada tak puas hati tapi beliau terpaksalah menerima juga sebab ini perjanjian.

Berbalik kepada pemuda tadi dia dipanggil mengadap raja dan membuat permintaannya...

Raja bertanya kepada pemuda tersebut :

Raja : tahniah oleh kerana awak dah berjaya dalam pertandingan ini dan buatlah apa-apa permintaan beta akan tunaikan.

Pemuda : (Terpinga-pinga) ampun tuanku, patik cuma nak minta satu je ....

Berkata2 lah raja dalam hati bagus,bagus,bagus selamat aku sebab kau cuma nak minta anak aku aje tapi harta aku selamat...hehehe(ketawa dalam hatilah) dan dengan tersenyum bertanya sekali lagi......

Raja : Ape kamu nak mintalah.

Pemuda : Saya cuma nak tahu siapa yang tolak saya tadi saja.

Bila mendengar permintaan pemuda tersebut semua yang hadir tertawa terbahak-bahak sampai masuk icu sebab tak boleh berhenti, tertelan puntung rokok daun, tertelan sentil tembakau dan macam-macam lagi. Puteri tersenyum juga tapi raja mukanya masam mencuka......

Dan bila selesai semuanya, Wartawan Karam Singh Walia pun datang ke program tersebut  bertujuan membuat  liputan  nak menemuramah Raja, tetapi belum sempat beliau bertanya raja terus sound dia diamlahkau sambil berpantun dua kerat :

Rumah Terbakar Nampak Asap,
Hati Terbakar Siapa Yang Tahu,

Karam Singh : Mana aci tuanku curi pantun patik........

Berbalik kepada Kisah Tuan Puteri yang jelita ala2 Hanis Zalikha tu, beliau tak jadi berkahwin dengan pemuda itu. Saat berlalu, minit berlalu, jam berlalu, hari berlalu, minggu berlalu, bulan berlalu dan sehingga 5 bulan daripada tarikh bertandingan tersebut masih lagi single.

Tapi masuk aje hari pertama bulan keenam dari tarikh bertandingan tersebut telah pun dipinang orang dan lepas sebulan kami pun berkahwin dan kini genap 3 tahun perkahwinan kami dan mempunyai mempunyai 6 orang cahaya mata (setahun 2 orang (anak kembar lah) dan kami hidup bahagia...... hehehheheheheheheheheheheheheheeh....

Selamat Membaca,

Sekian, terimakasih.

Ikhlas dari ..... siapa lagi,

Naughty Boys Lah.....
(http://imnaughtyboys.blogspot.com).

2 ulasan:

  1. hoh endingnya kawen dengan kamu ropanya. hehe

    BalasPadam
  2. hahaha..best entri nih Di..pandai hang reka..keras perut aku baca haha..best2 cayalah..hehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails