18 April 2010

Mengapa Manusia Lebih Kejam Dari Binatang...


Masyaallah........., 

Apalah nak jadi dan nak dipanggil kepada manusia yang melakukan pekara seperti dalam gambar ni. Pekara begini dah lama berlaku dan aku pun dan aku pun dah tak pedulikannya. Tapi bila aku baca dalam akhbar, aku dapati hampir setiap hari pekara ini berlaku jadi aku tertarik dan terpanggil untuk menulis ent3 berkaitan perkara ini. Hingga kini aku merasa hairan macammanakah hati orang-orang yang melakukan perbuatan begini dan mungkinkah mereka ini tak mempunyai hati dan perasaan dan gelaran apakah yang patut diberi kepada mereka ini.
Cubalah renungkan takkah ada rasa belas kesihan kepada bayi-bayi ini. Walaupun ini adalah hasil dari perlakuan seks luar nikah tetapi ini adalah anugerah dari Allah swt jadi jagalah ia dengan sebaik kerana dalam islam pun ada cara menyelesaikan pekara ini. Bayi ini tidak bersalah langsung tapi mengapa ia dihukum begini. Yang bersalah ialah ibu dan bapak dia yang macam binatang tu. Masa nak buat tak nak fikir terlebih dahulu tahu nak seronok je. Bila dah puas berseronok kanak ini lah jadi mangsa. Kepada pelaku-pelakunya cuba korang fikir kalau mak dan bapak korang buat kat korang pekara macam ni, apakah perasaan korang.

Yang lebih menghairankan aku lagi perkara ini berlaku dinegara aku ni dan pelaku-pelakunya adalah kebanyakannya satu bangsa dan agama yang sama dengan aku. Pihak kerajaan ambil lah tindakan dan pendekatan yang sewajarnya kepada binatang-binatang ini. Sedih sangat aku dengan kejadian ini. 

Kepada semua umat manusia lebih-lebih lagi kepada orang melayu dan beragama islam aku memohon dan merayu hindarilah perbuatan yang begini. Jangan sampai bila dah Allah swt. menurunkan bala baru kita nak insaf dan nak bertaubat dah tak guna dah.  

Cukuplah setakat ini buat tatapan teman-teman bloggers yang aku hormati sebab kalau lagi banyak aku tulis lagi bertambah panas lah hati aku ni...........

Ikhlas Dari Aku..

Naughty Boys.......
18hb. April, 2010.
1.00 am. 

1 ulasan:

  1. nak tengok banyak gambar yg menyayat hati bolehlah klik sini
    http://penaberkala.blogspot.com/2010/04/baby-is-not-babi_14.html

    semoga masalah ini dpt dibendung!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails