23 April 2010

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Serasi ?




SERASI????????
            En3 ini aku tulis untuk meminta pendapat semua teman-teman blogger tentang apa maksud perkataan
serasi dari kefahaman korang. Aku sering juga dengar orang selalu bercakap soal serasi ni. Tapi bila aku fikirkan balik dan terus berfikir mencari maksud sebenar perkataan serasi dan aku dapati maksud serasi ni macam tak tepat lah pulak... seperti apa dia orang faham dan cakapkan. Setelah habis berfikir aku pun dah dapat ape yang dimaksudkan dengan perasaan serasi ni tapi aku tak pasti samaada betul atau tidak. Tapi aku nak tanya pendapat korang dulu dan lepas tu baru aku akan beritahu apa pendapat dan kefahaman aku tentang perkataan serasi ni. Aku harap semua teman-teman blogger dapat memberikan pendapat masing-masing untuk pengetahuan kita semua kerana serasi ni sebenarnya penting dalam ape juga perhubungan sama suami isteri, pasangan kekasih, persahabatan dan lain-lain lagi......

27hb. April, 2010....

Pendapat Naughty Boy Tentang Serasi.....

Dari jawapan yang diberi oleh teman blogger mungkin betul gak tapi aku rasa kurang tepat sikit. Oleh itu aku akan beritahu korang semua pendapat aku pulak dari kefahaman aku lah. Serasi ni sebenarnya adalah sifat yang berlawanan dan bukan seperti kefahaman sesetengah orang yang mengatakan serasi adalah sifat persamaan seseorang. Untuk makluman korang itu adalah sejiwa. Contoh serasi ialah jika seseorang itu pemarah maka pasangannya haruslah mempunyai sifat ketenangan dan perlulah bersabar dan begitu juga sebaliknya. Cuba korang fikir jika serasi adalah persamaan jika seseorang itu pemarah dan pasangannya pun pemarah juga, ape akan jadi? Pergaduhanlah jadinya. Adakah ini dipanggil serasi. Ini cuma pendapat aku. Jika korang ada pendapat atau pendapat aku salah berkaitan hal ini, korang boleh hantarkan komen korang kat ruangan komen aku. Supaya kita sama-sama boleh menambah pengetahuan kita. Terimakasih kepada 2 orang teman blogger aku yang telah memberi pendapat mereka. Mereka yang aku maksudkan ialah Nine ("EPILOG SEORANG AKU") dan Syue Mustafa (AKU DAN SESUATU) diaorang memang best blogger lah. Tapi kalau Nine tu memang best friends gak aku dan dah 10 tahun kita orang berkawan. Dengan ini menyeru kepada semua bloggers yang datang kat blog aku ni lawatlah blog diaorang sekali kerana diaorang memang sporting habis. Kepada Nine dan Syue, aku memang respect korang dan korang ni bestlah. Cukup setakat ni je lah ek. Kalau korang datang kat sini baca sampai habis tau. Sebab kalau korang baca sekerat ja kesian kat aku, penat je lah aku buat en3 ni.  

Naughty Boy menunggu dan mengharapkan pendapat teman-teman semua.....

Ikhlas Dari ......

Naughty Boys....
 
Aku serasi Jer......

2 ulasan:

  1. susah nak cari serasi ngan aku nih..huhu..

    BalasPadam
  2. Maksud serasi ni lebih kurang boleh masuk ler. Awak boleh masuk dgn dia, diapun boleh masuk dgn awak...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails