30 Mac 2010

Orang Melayu Beragama Islam Pelihara Anjing ?





Ketika aku sedang membaca akhbar harian metro bertarikh 28hb. Mac, 2010. Aku tertarik pada satu article tentang orang islam memelihara anjing. Memanglah ada mazhab2 yang membolehkan orang islam pelihara anjing dan Allah swt telah menjanjikan syurga kepada seekor anjing iaitu anjing yang ada bersama-sama Pemuda Al Kahfi. Walau pun Sheikh Al Muzzaffar Wal Kaisar mengatakan beliau memegang Mazhab Imam Hanafi yang mengatakan anjing boleh dipelihara tapi masaalahnya beliau berada di negara Malaysia yang memegang Mazhab Imam Syafie dan kalaulah beliau boleh memelihara anjing di suatu tempat terpencil kerana menghormati perasaan masyarakat melayu yang beragama islam yang memegang Mazhab Imam Syafie maka beliau sepatutnya menghomati masyarakat melayu dengan cara mengambil gambar memakai jubah dan berkopiah sambil memeluk seekor anjing.

Pernah suatu hari di tempat kerja aku ada seekor anak anjing terjatuh kedalam longkang, tiba-tiba2 assistant aku ( dia ni perempuan) ternampak anak anjing tersebut dan terus memegang dan mengangkat anak anjing tersebut tanpa berlapik, kemudian dibasuh dan dimandikan. Selepas itu beliau terus mencium anak anjing tersebut.

Kemudian bos aku ternampaklah semua perbuatan assistant aku tu, kami waktu itu sedang makan tengahari. Bos aku ni orang Jepun tapi dah lama kat Malaysia ni dan dah faham sangat dengan adat-adat orang melayu ni. Dan beliau pun bertanya kepada kenapakah orang islam ni setengah boleh pegang anjing dan setengah tak boleh pegang anjing agama islam ni lain-lain kah.

Aku terkejut gak tak sangka soalan macam tu yang dia tanya kat aku, tanpa berfikir panjang dengan spontan aku pun jawab ohh she Malay not Islam...

Tapi cuba korang fikir apa lagi cara aku nak jawab soalan tu. Lagi pun aku ni bukan pandai sangat dalam bab-bab agama ni, kalau pandai dah tentu aku jadi Ustaz kan hehehe....

Oleh itu aku nak nasihat sikit kepada Sheikh Muzaffar dan sesiapapun yang memelihara anjing tak kira apapun Mazhab yang mereka pegang supaya menghormati masyarakat dimana sahaja mereka tinggal, dan ingatlah yang kita ni satu agama iaitu AGAMA ISLAM dan islam itu satu.

Sama-samalah kita menjaga Agama Islam yang kita anuti ini... Janganlah kita memberi ruang kepada penganut agama lain untuk mempertikaikan dan memperlecehkan Agama Islam yang amat kita sayangi ini dan sama-sama kita menjaga AGAMA ISLAM yang kita yang amat kita sayangi dan kita hidup bermasyarakat, jadi perlulah kita menghormati antara satu sama lain.

Maaf jika tulis aku ni mengguris ataupun menyakitkan hati sesiapa yang membacanya. Demi Allah aku tak berniat untuk berbuat demikian, teguran yang aku tulis ni adalah ikhlas dari hati aku.


Sekali lagi aku mohon maaf kepada kalian semua....

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari :

Blogger Naughty Boys....
(http://imnaughtyboys.blogspot.com)

7 ulasan:

  1. Bagis n3 ni. Meskipun persoalan anjing tergolong dlm perkara khilaf, namun kita menghormati adab2 dlm berkhilsf. Imam Syafie tidak meninggalkan doa qunut subuh sewaktu berada di berada di kawasan imam Hanafi, demi kemaslahatan umum.

    Jadi meskipun lelaki dlm harian metro tu berpegang pada mazhab lain yg mmebenarkan pemeliharaan asnjing, namun smat tak wajar untu kdia menununjuk2 kemesraannyaa dgn anjing. ini akan menimbulkan salah faham masyarakat yg rata-ratanya tidak tahu tentang persoalan ini.

    Dulu di kelantan pernah berlaku debat tentang anjing. debat ni melibatkan kaum tua dan kaum muda. Dr burahanudin al-Helmy pun terlibat dlm debat ni.

    BalasPadam
  2. ish3, mcam2 zaman skang
    kes buang bayi merata-rata tak abis lg, ni plak kes nk bela anjing
    nice entri

    BalasPadam
  3. salam..
    ermm..sy suke n3 anda..
    mmg xpatot lelaki tu wat cmtu..
    pakai kopiah tapi dok pegang anjing..
    rase mcm mnghina agama kita pulak..
    sori kalo komen ni xdisenangi..

    BalasPadam
  4. Ini adalah permasalahan khilafiayah tak boleh mendedahkan gambr pemuda ini ,ini bukan bab aqidah beliau islam dan masih tdk berdosa,knpe mengambil pendpt mazhab sgga menolak yg lain,tdk apa bertaqlid pd mazhab syafieeyyah ttp ingin mengambil pendpt hanafiah diatas hasbab dhorurah spt memelihara anjing utk keperluan menjaga rumah dan ternakan..xperlu dijadikan isu besar wlupun sheikh itu nak bwk anjing ditepi jlnpun,xtimbul soal org melayu atau xhormat pd sapa2 sbb haiwan spt anjing ini kan dimuliakan Allah,cuma pemikiran melayu yg menjadi masalah !

    BalasPadam
  5. Ini adalah permasalahan khilafiayah tak boleh mendedahkan gambr pemuda ini ,ini bukan bab aqidah beliau islam dan masih tdk berdosa,knpe mengambil pendpt mazhab sgga menolak yg lain,tdk apa bertaqlid pd mazhab syafieeyyah ttp ingin mengambil pendpt hanafiah diatas hasbab dhorurah spt memelihara anjing utk keperluan menjaga rumah dan ternakan..xperlu dijadikan isu besar wlupun sheikh itu nak bwk anjing ditepi jlnpun,xtimbul soal org melayu atau xhormat pd sapa2 sbb haiwan spt anjing ini kan dimuliakan Allah,cuma pemikiran melayu yg menjadi masalah !

    BalasPadam
  6. masaalahnya lelaki ni munafik....... dia nie model porn malaysia. pelik knp pihak berkuasa x ambik tindakan pd dia...sedangkan terang2an blog dia gambar bogel...x caya silalah tgk sendiri http://www.mizziocheekie.com/ ..... cakap bab agama..dia sendiri SESAT

    BalasPadam
  7. Otak mati dok !!! Pakai jubah & topiah pegang anjing ,besar binatang Lu ,jahat2 gua pun tau benda yg haram ....toyol betul mak bapak gi Antar blajar tinggi2 boleh bebal mcm ni WTF dude u r🖕

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails