17 Januari 2010

Serba Sedikit Pengenalan Mengenai Naughty Boy....


Aku adalah seorang insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan mungkin sedikit kelebihan yang dianugerah oleh tuhan yang maha esa. Telah mengalami bermacam-macam pengalaman samada yang baik atau yang kurang baik. Mungkin bagi sesetengah orang menganggap aku ni tegas tetapi bagi diri aku tak rasa begitu sebab aku ni sebenarnya suka cakap terus-terang je dan cuma aku ni akan menjadi sensitif bila berbicara sesuatu pekara yang ada berkaitan dengan maruah seseorang yang aku sayang. Senang diajak berbincang dan minta pendapat, suka berkawan, suka berahsia (kecuali kepada seorang sahabat baik aku amat memahami aku kerana dari setiap perwawatakan dia telah dapat membacanya), suka buat kejutan dan tak suka pada sebarang bentuk penindasan. Tujuan aku menjadi bloger adalah untuk mencari kawan-kawan dari kalangan bloger yang boleh memberi kan pendapat, bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam apa-apa jua perkara dalam mempelajari dan mencari erti kehidupan. Terlelebih dahulu aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan jika selepas ini ada komen-komen atau tersalah kata atau pendapat yang aku berikan kurang menyenangkan dan menyentuh hati teman-teman bloger ku sekelian. Sekianlah serba sedikit pengenalan berkaitan dengan diri aku (I'M Naughty Boy).Cubalah elakkan dari memberi komen-komen dan berbicara perkara-pekara berunsurkan seks dan lucah dan marilah kita sama-sama memeriahkan dunia bloger kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails